Sunday, March 23, 2008

Perlantikan MB Terengganu - Jangan Menderhaka kepada Raja!

March 27,Thursday :- At 7.46PM Umno supreme council endorses Ahmad as MB, sets December polls date

The Umno supreme council meeting (starts at 3pm) that ended at 7.30pm has agreed to endorse Datuk Ahmad Said's palace appointment as Terengganu Mentri Besar, ending the crisis which had set up a confrontation with the state palace. The meeting also shot down a proposal to defer party elections to next year by agreeing to a Dec 16-20 date, which is also when the annual general assembly takes place. Party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who chaired the meeting, made the announcement at a Press conference.


MARATHON MEETING: Umno supreme council members are holding what may be their most challenging meeting, discussing the proposed postponement of party elections to next year, the Terengganu Menteri Besar crisis and above all, the March 8 polls debacle where Umno suffered heavy defeats. Veteran journalists who covered previous meetings over the years anticipate a marathon deliberation that may last into the night.

Meanwhile, while the supreme council commenced, Tengku Razaleigh Hamzah held a meeting of his own with representatives from 51 Umno divisions at his palatial home here off Jalan Tun Razak. Among those who attended were former Information Minister Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad and Datuk Malek Hanafiah.

Tengku Razaleigh expressed his concern with the state of affairs in the party and the country, and that was why he proposed the May 11 Umno EGM.


Jangan Menderhaka Kepada Raja

Dari segi adat dan adab Melayu, mereka menderhaka kerana mengengkari titah perintah Istana...oleh itu, "Jangan Menderhaka Kepada Raja".



Latest Updates:- Tuesday, March 25: Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said began his first day of work as Terengganu Mentri Besar at the MB's office in Wisma Darul Iman here at 8am on Tuesday.

It would have been difficult not to accept the position of Terengganu Mentri Besar as I had been selected by the palace," he said after assuming the office Tuesday.

He was also hopeful that the 22 assemblymen who had protested his appointment would "cool down soon" to pave the way for him to appoint his executive councillors.

He said his appointment was in accordance with the state’s laws and he need not be sworn in for the post.

The appointment letter bestowed to him on Sunday by the Regency Advisory Council was enough, he told a packed press conference at his family home at Kampung Teluk Kalung, Kijal, in Kemaman on Monday.

He hoped that the state Umno members would not continue with the problems that have engulfed the state.

Ahmad expressed hope that the party members would come to an understanding and lend him their support.

Ahmad said not all of the assemblymen were against him, adding that he also had the support from the rakyat.

Hopefully now, UMNO and BN will abide the ruler decision and stop this 'ridiculous' crisis (marahkan nyamuk hampir membakar kelambu) ...don't forget to apologise to the Regent and Istana for your ignorance and arrogance....JANGAN DERHAKA KEPADA RAJA and RESPECT THE LAW!


Latest Updates - Monday, March 24

• Parti Keadilan Rakyat today lodged a police report against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak and the 23 assemblymen who objected to the appointment of Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said as Menteri Besar by the Terengganu Sultan. "The decision had been made. What they (Umno leaders) should do was to accept and abide by that decision," he said referring to Ahmad's appointment as Terengganu's new Menteri Besar.Faris also urged Tuanku Mizan to act against the Prime Minister, Deputy Prime Minister and 23 Terengganu assemblymen for disloyalty to the institution. He said the 23 state assemblymen, especially, have gone overboard in showing disrespect by going against the Royal Regency Advisory Council's decision in the appointment of Ahmad as Menteri Besar. He added the palace institution must be respected and all subjects must show loyalty and the actions of those involved were a blatant disregard of loyalty to the Rulers.

• Malaysiakini reported Ahmad Said, the palace's preferred MB, has managed to convince 13 out of the 22 BN state representatives to back him for the post. At a massive gathering at his house in Teluk Kalong, Kemaman, told his supporters that he would assume the post tomorrow.

• Veteran Umno politican Tengku Razaleigh Hamzah said today Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's statement that "the appointment of anyone but Idris Jusoh as Terengganu menteri besar is unconstitutional" is WRONG. According to Razaleigh, the situation in Terengganu is a “crisis of government, not of the constitution”.
"The Terengganu state assembly should be allowed to be convened properly and give Datuk Ahmad Said a test of confidence in due course".

He said petitions, threats, coercion or declaration of support for the Prime Minister and his candidate Datuk Seri Idris Jusoh had no bearing on the legality of Sultan of Terengganu’s appointment of his own Mentri Besar.



Terengganu has been without a government for 14 days since the March 8 general election, despite a convincing victory by the BN, until the palace announcement yesterday.

In accordance with Clause 14 Paragraph (2) (a) of the Terengganu State Constitution (Chapter 2), the Regency Advisory Council, in undertaking the function on behalf of the Regent, hereby appoints Datuk Ahmad Said as the Mentri Besar of Terengganu to head the Terengganu State Executive Council,” said the palace statement released to Bernama at 3.30pm Saturday.

Ahmad has been warned that should he accept the Mentri Besar’s post, he would not only face the possibility of disciplinary action by Umno but risk a vote of no-confidence in the legislative assembly. Several assemblymen will resign their state seats to protest Ahmad’s appointment to force by-elections.

But today,Sunday, Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said, who was supposed to have been sworn in as Terengganu Mentri Besar Sunday, has been stripped of his Umno membership for disobeying the party's leadership, a state Umno official confirmed.

Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai MB Terengganu yang baru sekaligus mengenepikan Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai MB bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, di sini pukul 8 pagi esok.

Kesemua 23 ADUN diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pada sidang akhbarnya petang ini, menyatakan sokongan kepada Idris dan tidak akan hadir pada upacara angkat sumpah jika calonnya bukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu. Ahmad Said tidak bersama dengan kumpulan tersebut dan berkemungkinan menerima tawaran tersebut.

Rosol yang juga Setiausaha UMNO negeri memberitahu, 23 ADUN BN akan turut membuat undi tidak percaya kepada MB Terengganu yang baru sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Idris.‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.‘‘Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini.


Remember, i did mentioned "Kepimpinan Plin-Plan" (indecisiveness)in my previous article.
Now, it's on Perlantikan MB - "It's okay for Sultan Perlis (to OVER-RULE PM Recommendation) but not for Sultan Terengganu!"
Mentor Gemilang advise..as a Malay, "Jangan Menderhaka Kepada Raja!"

Rujukan:-'Titah Sultan Perak semasa Perlantikan MB Perak'....

Mengambilkira kemelut perlantikan Menteri Besar Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan agar rakyat sentiasa meletakkan istana sebagai payung negeri tempat rakyat bernaung.

Dalam setiap fasa waktu, Institusi Raja terus kekal, berupaya melakukan pengubahsuaian dari segi peranan dan pendekatan, berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan keistimewaan, tunggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan, titah Baginda, sebagaimana disiarkan akhbar, Selasa (18 Mac).

Menurut Baginda, keharmonian hubungan Raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri.

Apa Masaalah Perlantikan MB di Terengganu?...rujukan dari harakah.

Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat kononnya calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.

"Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

"Sekarang mereka(UMNO) sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.

Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.

"Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?" tanya beliau.


"Sebelum ini, Raja Perlis memberikan 'undi tidak percaya' kepada Abdullah apabila menolak cadangan Abdullah supaya melantik (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) sebagai Menteri Besar negeri itu.

"Sekarang, Sultan Terengganu pula menolak Idris yang dicadangkan oleh Abdullah.


Isu pokok ialah perlantikan Menteri Besar untuk mengetuai Kerajaan Negeri selepas kejayaan BN dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu. Kini dah masuk hari ke-15 negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu tanpa ketua kerajaan yang 'sah'.

Kuasa untuk melantik MB terletak pada Istana. Itu cukup jelas. Pihak Istana boleh memilih sesiapa sahaja yang terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti yang memenangi kerusi terbanyak. Itu kuasa Istana.

Dari segi politik, ketua parti yang menang boleh mengemukakan nama, tidak semestinya hanya satu nama, kepada pihak Istana untuk dilantik sebagai MB. Dalam hubungan ini, BN atau sebenarnya UMNO, hanya mengemukakan nama Idris Jusoh, seorang calon yang tidak diterima oleh Istana.

Adakah Idris dan penyokongnya yang diketuai oleh Rosol Wahid menderhaka kepada raja?

Dari segi adat dan adab Melayu, mereka menderhaka kerana mengengkari titah perintah Istana.

Rujuk " Kekasih Gelap Ku - Faktor Kekalahan BN . "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."

Doa Tok Guru Nik Aziz yang makbul (keratan)

""Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


Adakah rakyat telah bersedia untuk menerima bala kerana kejahilan pemimpin?

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :


1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

4. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.


seterusnya, klik disini!

Maka itu, pemimpin harus sedar bahawa......Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat.

Pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak.

Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.

Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai.

Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis.

Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”.

Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147).

Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.

Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas.

Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

PEMIMPIN HARUS INSAF

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.

Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.

Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat", dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).”

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.

Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat.dari peulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin