Thursday, September 20, 2007

Rahsia mencari Malam Lailatul Qadar


"Alhamdulillah telah memperolehi sebanyak 7 kali setakat ini..Langit malam itu cerah dan bila pandang ke langit tertulis ayat Al-Quran Surah Al-Qdr.Hebat sungguh pengalaman tersebut."

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan, menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

-Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
-Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
-Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

"Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan" - Hadis riwayat Iman Bukhari r.a

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".

Dalam riwayat lain,

"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap-tiap satunya terdiri 1000 mahligai".

Lantas dirikanlah:-

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.

2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahuakbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah walailaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahummasholli'ala saidina Muhammad).

3. Sembahyang sunat tahajjud.

4. Sembahyang sunat tasbih.

5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: "Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

1 Doa.
2 Beristighfar.
3 Bertasbih.
4 Bertahmid.
5 Bertakbir
6 Bersedekah
7 Menjaga maruah dan akhlak
8 Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
9 Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

25th Ramadhan 1428 (Oktober 7, 2007)

Awal Ramadhan jatuh hari Kamis, 13 September 2007. Mungkinkah Malam Lailatul Qadar Tahun 2007 ini jatuhnya pada malam ke 25 Ramadhan seperti mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a.(ia itu dimalam 7/10/2007)

Rujukan:-

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

a)Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
b)Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
c)Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
d)Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
e)Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara:-

Pertama kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar?

Jawapan Pertama:- ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan).

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu.

Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)'-(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir". (Kitab Durrah al - Nasihin )

Jawapan Kedua Kedua Rujukan perbualan Nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?"
Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?"
Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat"
Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?"
Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?"
Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.