Wednesday, July 16, 2008

Istiwa' matahari pada 16 Julai 5.28 PM (Waktu Malaysia)

Apakah Istiwa' matahari?

Istiwa' matahari (Istiwa' A'dzam) ialah :-
Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Ka'abah.

Baitullah ( Ka'abah ) adalah qiblat bagi orang-orang di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Haram adalah qiblat bagi orang-orang yang tinggal di Tanah Haram ( Mekah ) dan Mekah adalah qiblat bagi seluruh penduduk bumi, timur dan barat dari umatKu” - Hadith Riwayat Al-Baihaqi


Fenomena astronomi yang lebih dikenali sebagai istiwa adzam boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hampir seluruh dunia untuk menentukan arah kiblat yang tepat ketika waktu tadi.

Maha suci Allah yang menjadikan matahari sebagai petanda buat orang yang beriman.Matahari sebagai penerang permukaan bumi ini, makanan bagi tumbuhan, panduan bagi pelayar, perkiraan waktu untuk beribadat, perkiraan waktu untuk sesuatu perjanjian dan banyak lagi fungsi matahari kepada manusia.

Mari kita melihat fungsi matahari dalam menentukan arah kiblat yang merupakan perkara wajib dan syarat sah solat kita seharian, sunat ketika tidur,zikir,dan membaca al quran ,haram ketika qada hajat,makruh mengunjurkan kaki mengarah kiblat dan lain-lain.

Matahari hanya boleh berada di langit utara sehingga garisan latitud 23.5 ْ utara pada (garisan sartan) dan begitu juga di langit selatan sehingga garisan latitud 23.5ْ selatan (pada garisan jadi).

Kaabah berada di kedudukan :Ardhul Balad 21' ْ 26' dan Thul Balad 39' 49'



Oleh yang demikian kaabah merupakan kawasan laluan matahari yang akan mengalami istiwa dua kali setiap tahun.

Matahari akan berada tegak di atas kaabah pada 12.16 PM (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Julai) waktu Mekah

Manakala waktu di Malaysia (Kuala Lumpur) ialah pada 5.16 PM (28 Mei) atau 5.28 PM (16 Julai)


Berkemungkinan Foto Ini Diambil Sewaktu Istiwa Matahari:-

KAABAH BERCAHAYA

Masjidil Haram yang ‘diintai’ oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bagian Masjidil Haram saja yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah. (Dari Satelite Ikonos milik Space Imaging Inc.)

Justeru , fenomena ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita membuat semakan dan menentukan arah kiblat secara manual,selain daripada melihat buruj atau menggunakan rubu’ mujayyab, tongkat istiwa, lintasan matahari, kompas, jam kiblat , kompas kiblat,dan telefon dan lain-lain.

Cara untuk menyemak arah kiblat



1-Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.
2-Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
3-Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
4-Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
5-Tunggu sehingga 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
6-Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
7=Unjurkan garisan bayangbayang tersebut ke arah matahari.
8-Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.