Friday, October 26, 2007

Menjelang Pelancaran ECER - Petronas Perancang Utama


Petronas merupakan perancang utama wilayah ekonomi itu, yang meliputi kawasan 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia.

“Daripada RM112 bilion itu, 20 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta, 27 peratus melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bakinya oleh kerajaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican .

Ia merupakan wilayah pembangunan ketiga yang akan dilancarkan oleh Abdullah tahun ini selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Pembangunan Koridor Utara (Koridor Utara) yang meliputi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 3.9 juta, dianggarkan RM30,000 perlu dibelanjakan ke atas setiap individu di wilayah itu dalam tempoh pelaksanaannya dari sekarang hingga 2020.

Bilangan penduduk di ECER merupakan 14.5 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini yang seramai 26.8 juta dan wilayah itu juga merupakan kawasan kediaman utama masyarakat bumiputera yang merupakan 86.6 peratus daripada penduduknya. Ia diikuti oleh China 7.8 peratus, India 1.8 peratus dan lain-lain 3.8 peratus.

Peningkatan kemudahan jalan raya dan pengangkutan termasuk pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu, fasa empat Lebuh Raya itu yang menghubungkan Kuantan ke Johor Bharu dan jalan raya menghubungkan Temerloh ke Kuala Pilah.

Selain itu, ia juga membabitkan pembinaan beberapa laluan jalan raya baru bagi menghubungkan ECER dengan wilayah-wilayah di Pantai Barat Semenanjung.

Menurut Hassan, matlamat utama pelan pembangunan ECER adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan di wilayah itu secara berdaya maju, seimbang dan mapan. Dengan itu, katanya, ia akan dapat menangani ketidakseimbangan di wilayah itu kerana negeri-negeri di ECER mencatatkan pendapatan purata isi rumah antara yang paling rendah di Malaysia.

Pada ketika ini, Terengganu dan Kelantan adalah negeri yang mencatatkan kemiskinan tertinggi di Malaysia, yang mencatatkan 15.4 peratus dan 10.6 peratus kemiskinan di negara ini, dan diikuti oleh Pahang 4.9 peratus.

Di bawah pelan induk ECER katanya, sejumlah 561,000 pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020 dan kemiskinan tegar disasarkan untuk dikurangkan kepada sifar.

Selain itu, wilayah ekonomi itu juga bertujuan untuk menggerakkan ekonomi, meningkatkan keupayaan bagi mendapatkan pengetahuan dan inovasi, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan, meningkatkan standard dan kualiti kehidupan dan mengukuhkan institusi dan melaksanakan keupayaan.

Selain menangani masalah akses ke wilayah itu, ketidakseimbangan dengan wilayah-wilayah lain di pantai barat dan kemiskinan tegar, ECER juga bermatlamat untuk menangani ketidakseimbangan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar.

“Pada masa yang sama ia juga akan menangani masalah infrastruktur asas, serta mengoptimumkan sektor hartanah, yang termasuk untuk meraih potensi Tanah Simpanan Melayu.

“Antara idea untuk mengoptimumkan Tanah Simpanan Melayu ialah secara mewujudkan satu amanah yang akan memajukan tanah berkenaan,” katanya.

Ini kerana Tanah Simpanan Melayu mewakili 40 peratus daripada tanah di ECER.

Hassan berkata, lebih 190 institut latihan dan institusi pengajian tinggi sedia ada yang terdapat dalam ECER juga akan dimaksimumkan peranannya supaya ia bukan sahaja untuk melatih orang tempatan meningkat ke rantaian nilai malah menarik mereka yang berada di luar untuk belajar di sana.

Selain pendidikan, katanya, sektor lain yang telah dikenal pasti untuk menyegarkan wilayah itu ialah pelancongan, minyak dan gas, petrokimia, pembuatan dan pertanian.
“Teras ECER ialah pertanian dan pelancongan,” katanya.

Hassan said Petronas took seven to eight months to complete the masterplan, which will be officially handed over to the government at the ECER's launch.

Petronas, he said, could be one of the private sector representatives in the council that will run the ECER.

He said the council, whose members will include the prime minister and deputy prime minister, the menteris besar of the four states, two cabinet ministers and representatives of the private sector, will be responsible for the implementation of the ECER masterplan.

According to him, it is too early to say whether an authority will be established to manage the ECER, as has been done for the IDR and NCER.

Hassan said during the formulation of the ECER development plan, Petronas had spoken to all four state governments, including the Opposition-led Kelantan government.

"The plan can succeed. It will have one council, its Bill is being drafted to be tabled in Parliament in December," said Hassan.

"If there is focus and strong commitment, there is no reason why the ECER cannot succeed."