Tuesday, October 2, 2007

10 Malam Terakhir Ramadhan



Kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t kerana diberikan kita kesempatan untuk meneruskan penghidupan didunia yang sementara ini sebelum kita dikembalikan bertemu denganNya di akhiratnya nanti .Dan bersama samalah juga kita menghayati penghidupan ini sebaik mungkin dengan kita mengabdikan diri sebanyak dan sebaik-baiknya kepadaNya sebagai bekalan hidup kita di akhirat yang kekal abadi itu, dan dimasukkan kita kedalam syurgaNya kekal selama-lamanya,insyaAllah.

Hari ini 2hb Oktober 2007, genaplah 20 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Pada malam ini kita akan menjalankan ibadah solat tarawikh untuk malam ke 21 Ramadhan.

Iya... malam ke 21 adalah malam ganjil pertama di 10 malam terakhir Ramadhan dalam menemui malam lailatul qadar!(insyallah)

Perbualan Nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?" Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?" Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat" Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?" Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"

Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?" Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.


Tersebut dalam kitab ‘Wadun-Nashohie’ pahala mendirikan Sembahyang Tarawikh pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan telah ditanya oleh Saidina Ali bin Abu Talib r.a kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda menjawab:

"Orang-orang mukmin yang melakukan sembahyang Tarawikh pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihannya seperti berikut":-

Malam kedua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua
kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua pulh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Diberi pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah S.W.T mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, wahai hambaKu, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga sedap diminum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah tuhanmu dan engkaulah hambaKu.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Setelah Allah SWT menciptakan Malaikat Jibril As dengan rupa yang sebaik-baiknya dan Dia jadikan untuknya enam ratus sayap, panjang tiap-tiap sayap sejarak antara timur dan barat, maka Jibril memandang kepada dirinya, lalu berkata: “Tuhanku apakah engkau telah menciptakan makhluk lain yang lebih indah rupanya daripada aku?”

Allah Ta’ala menjawab: “Tidak”.

Maka bangkitlah Jibril, lalu solat dua rakaat karena rasa syukurnya kepada Allah Ta’ala. Dia berdiri pada setiap rakaatnya selama 20.000 tahun.

Tatkala selesai solatnya, Allah SWT berfirman:
“Wahai Jibril, engkau telah menyembah-Ku dengan sesungguh-sungguhnya, dan tidak ada satupun yang menyembah Aku seperti ibadatmu itu. Akan tetapi, akan datang di akhir zaman seorang nabi mulia yang Aku kasihi, bernama Muhammad, dan dia mempunyai umat yang lemah lagi berdosa. Mereka melakukan solat dua rakaat dengan lalai dan tidak sempurna, dalam waktu yang sebentar saja (terburu-buru), dan pikiran-pikiran yang banyak, dan dosa-dosa yang besar. Namun demi Keperkasaan dan Keangungan-Ku, sesungguhnya solat mereka lebih Aku sukai daripada solatmu itu. Karena, solat mereka berdasarkan dengan perintah-Ku, sedang engkau melakukan solat tanpa perintah-Ku.”

Jibril berkata: “Wahai Tuhanku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai imbalan dari ibadat mereka?”

Allah SWT menjawab: “Aku berikan mereka Surga Ma’Wa”.

Jibril pun meminta izin kepada Allah untuk dapat melihat surga itu. Allah Ta’ala mengizinkannya. Maka datanglah Jibril, lalu dia kepakkan seluruh sayapnya, kemudian ia pun terbang. Tiap kali dia buka sepasang sayap, dia dapat menempuh jarak sejauh perjalanan 300.000 tahun, dan tiap kali dia tangkupkan, dia dapat menempuh jarak seperti itu pula.

Dia terbang sedemikian rupa selama 300 tahun, namun dia tidak mampu, kemudian hinggaplah dia pada bayang-bayang sebuah pohoh, dan dia bersujud kepada Allah SWT, lalu berkata dalam sujudnya, “Tuhanku, apakah aku telah mencapai separuh surga itu, atau sepertiganya atau seperempatnya?”

Allah SWT menjawab: “ Wahai Jibril, sekiranya kamu terbang selama 300.000 tahun pun, dan walaupun Aku berikan kepadamu kekuatan lagi seperti kekuatanmy itu serta sayap-sayap lagi seperti sayap-sayapmu, lalu engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan, namun engkau tidak akan mencapai sepersepuluh dari apa yang Aku berikan kepada umat Muhammad, sebagai imbalan dari solat mereka dua rakaat.”

(oleh Imam Ghazali dalam Misykat al-Anwar)


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Tafsirannya:Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. [2] Yang Menguasai sekalian manusia. [3] Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. [4] Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. [5] Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. [6] (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Surah Ikhlas is a short surah with a powerful message. The Holy Prophet has encouraged Muslims to recite this surah to purify their faith. In addition to this, recitation of this prayer for an extended period results in the forgiveness of sins according to the following hadith4:
"Anas reported the Prophet saying, "if anyone recites two hundred times daily, 'Say, He is God, One', the sins of fifty years will be wiped out, unless he is in debt." Tirmidhi and Darimi transmitted it. The latter's version has "fifty times" and he did not mention "unless he is in debt." Let us now recite this prayer with humility, courage and conviction.


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy diatas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul HuwallahuAhadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada, sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,BUKIT ARAFAH"

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

ALLAH telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH Dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama;tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah ya ALLAH , bahawasanya telah aku sampaikan"TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATI.

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1)Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2)Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3)Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4)Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6)Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7)Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


"Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. - ni dah biasa berlaku
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. -
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Blog baru:-

Mencari Malam Lailatul Qadar
28th Ramadan- Malaysia send astronaut to space

Bertaubat di Malam Lailatul Qadar

Blog terdahulu:-

Syukran…Syukran…Syukran

Past Blogs

Secrets of Surah Al-Qadr Revealed

The Night Of Decree