Friday, September 21, 2007

Malam Lailatul Qadar 1428 jatuh pada Oktober 7, 2007?

Alhamdulillah , pertamanya marilah bersama-sama kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah subhanahu wataala kerana kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga kepada kita , alhamdulillah.

Kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t juga kerana diberikan kita kesempatan untuk meneruskan penghidupan didunia yang sementara ini sebelum kita dikembalikan bertemu denganNya di akhiratnya nanti .Dan bersama samalah juga kita menghayati penghidupan ini sebaik mungkin dengan kita mengabdikan diri sebanyak dan sebaik-baiknya kepadaNya sebagai bekalan hidup kita di akhirat yang kekal abadi itu, dan dimasukkan kita kedalam syurgaNya kekal selama-lamanya,insyaAllah.


Lagu Agama ala Hip-Hop Terbaik....Alhamdulillah (Version 1)


Who says Islamic Songs is boring?...Watch Video and listen to LIVE performance ofAlhamdulillah(Version 2) - Yassin & Too Phat.



The BEST OF RABBANI With "INTIFADA" Version 1 (original)

MAWI - INTIFADA

Malam Lailatul Qadar pada malam 25hb Ramadhan 1428? (Oktober 7, 2007)

Awal Ramadhan jatuh pada hari Kamis, 13 September 2007. Mungkinkah Malam Lailatul Qadar Tahun 2007 ini jatuhnya pada malam ke 25 Ramadhan seperti mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a.(ia itu dimalam 7/10/2007)

Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: "Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".



Rujukan:-

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

a)Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
b)Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
c)Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
d)Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
e)Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Keistimewaan Lailatul Qadar:-

Diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan.

Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

Blog Baru -

Mencari Malam Lailatul Qadar

10 Malam Terakhir Ramadan

Syukran…Syukran…Syukran

Rahsia mencari Malam Lailatul Qadar


New Blog:- in English.

28th Ramadan- Malaysia send astronaut to space

Secrets of Surah Al-Qadr Revealed

The Night Of Decree